Ciapan Twitter ‘kucing’ Adibah Noor undang sebak

 

PETALING JAYA“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong.”

Seperti ingin memberi bayangan tetapi siapa sangka, demikianlah antara ciapan terakhir Allahyarham Adibah Noor, 51, yang dimuat naik dalam akaun Twitter pada 14 Jun lalu yang mengundang sebak ramai sejak malam tadi.

Tidak dinyatakan ditujukan kepada siapa tetapi pemilik nama penuh Adibah Noor Mohamed Noor itu membuat pengakuan tidak lagi dapat membantu pihak lain memandangkan dirinya juga dalam keadaan yang memerlukan.

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong.

“Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Semoga Allah permudahkan urusanmu,” katanya.

Selepas berita pemergiaannya disahkan, ciapan tersebut kembali meledak dalam media sosial sehingga meraih 10,000 tanda suka dan diulang kicau lebih 5,900 kali.

Tangkap layar ciapan pengguna Twitter.

Difahamkan, ciapan tersebut ditujukan kepada individu yang memohon bantuan daripadanya berkaitan penjagaan kucing.

Lebih membuatkan mengundang sebak, Allahyarham dilihat masih lagi aktif mengulang kicau (retweet) beberapa ciapan berkaitan bantuan penjagaan kucing beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.15 malam tadi di Hospital Gleneagles di ibu negara semalam.

Tangkap layar ciapan dalam Twitter.

Anak serba boleh yang  terkenal menerusi lagu Terlalu Istimewa itu disahkan meninggal dunia akibat kanser ovari tahap empat. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*