Lima hari demam tidak pulih, dua anak Puteri Sarah masuk hospital

 

KETIKA bertebaran gosip kononnya aktor Syamsul Yusof dikatakan mahu mengahwini Ira Kazar dalam waktu, lain pula yang berlaku kepada keluarga aktor itu apabila anak-anaknya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana berkata, dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2,mengalami demam akibat jangkitan virus di bahagian tekak dan dimasukkan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

Menurut Sarah, dia lebih yakin anak-anaknya mendapat pemantauan hospital kerana adanya kepakaran doktor berbanding jika berada di rumah.

ibu syamsul 1

Anak Sarah dan Syamsul sekarang sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.

“Abang (Syaikhul) mula demam minggu lalu dan saya telah bawa ke hospital, namun disebabkan katil wad penuh, doktor nasihat untuk bawa pulang dan lakukan pemantauan di rumah.

“Sekarang masuk hari kelima dan badannya masih panas. Saya rasa lebih baik dijaga di hospital. Adik (Summayah) juga sudah mula demam. Jadi saya bawa kedua-dua sekali ke hospital.

“Jaga sendiri di rumah memang puas hati tetapi tidak mendapatkan ubat dan pemantauan betul. Kalau di hospital waktu makan ubat terjaga, tidak perlulah saya risau,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu Sarah juga berasa sedikit lega apabila anak-anak berada di hospital kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suri Hati. Namun begitu dia tidak mengambil cuti kerana enggan menyusahkan pihak produksi.

“Apabila anak-anak berada di hospital saya rasa tenang sikit. Layanan yang diberikan juga sangat bagus.

puteri sarah 1

Sarah bersama anak-anak ketika mengerjakan ibadah umrah April lalu.

“Saya enggan susahkan produksi, jadi memang tidak ambil cuti penggambaran. Di hospital juga ada keluarga lain yang turut bantu menjaga,” ujarnya.

Dalam pada itu Sarah enggan memberi sebarang ulasan mengenai berita yang mengaitkan suaminya.

Untuk rekod, Sarah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan buat dua anak pasangan artis yang comel dan bijak ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*