Kawan Selalu ‘P4u’ Duit, Ini Nasihat Datin Almy Nadia Kepada Anaknya!

‘Berang’ apabila anak menjadi mangsa buli rakan sekolah, pelakon Datin Almy Nadia mengambil pendekatan menasihati anaknya agar jangan terlalu berlembut hati memberikan wang belanja miliknya dengan sewenang-wenangnya.

Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, Almy, 36, menegur anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 7, yang sering menjadi mangsa ‘pau’ duit daripada rakan sekolah agama.

“Kenapa awak nak kena bagi, dia susah sangat ke? Kalau dia nak, awak memang nak kena bagi je semua?

“Lepas ni mama dah tak payah bagi duit belanja dah, kalau awak tabur je duit dekat orang. Ingat senang ke nak dapat duit?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

“Mama dah cakap kan, kita bantu orang yang betul-betul susah kalau dia takde duit, takde makan, duduk termenung, orang susah

“Ini minta, dapat, minta dapat. Ingat apa!” kata Almy.

Rata-rata netizen memahami apa yang cuba disampaikan Almy kerana mereka turut berhadapan dengan situasi sama apabila anak-anak sering dibuli rakan-rakan yang sengaja meminta-minta wang walaupun mempunyai duit belanja sendiri.

“Berlaku di mana-mana dah sekarang ni… dari umur muda dah tak malu meminta-minta… kadang-kadang pelik… kita dulu sekolah pun susah juga tapi tak pandai nak meminta duit dgn orang.”

“Hurmmm sama lah ank dara saya.. Hari-hari bersedekah… Last-last kita bekalkan makanan dengan RM2@3 je. Bagus dorang bersedekah tapi kalau dah hari-hari kopak.”

“Kakak saya pun baru marah anak dia sebab bagi duit kat kawan..baru darjah 1, katanya kawan minta,” komen beberapa netizen.

Selain netizen, penyanyi Tasha Manshahar yang juga seorang guru turut memberikan pandangannya menerusi ruang komen mengenai isu kanak-kanak meminta wang daripada rakan sekolah.

 

Sekadar info, Almy mendirikan rumah tangga dengan aktor Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 7, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 2, dan Nur Afrina Aisyah yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.

 

 

Foto:  Instagram Datin Almy Nadia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*