Iqbal ‘Nak Ganti’ Justin Bieber, Ini Reaksi Netizen…

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai perkhabaran sedih yang disampaikan oleh penyanyi antarabangsa, Justin Bieber yang mengakui kini sedang menghidap sindrom Ramsay Hunt.

Merupakan sindrom yang mengakibatkan lumpuh sebelah wajah, Justin kemudian mengambil keputusan untuk menunda konsert jelajahnya di beberapa buah bandar dan hal itu sekaligus mengejutkan ramai peminat di Malaysia.
Begitupun, lain pula ceritanya selebriti media sosial dan penyanyi kontroversi, Iqbal Zulkefli. Menerusi ruangan komen di akaun Facebook sebuah portal hiburan, Iqbal secara sukarela memberitahu yang dia sedia untuk menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia.

“Tak apa, saya ada boleh ganti. Nak dengar lagu apa? Tulis siap-siap jangan last minutes baru nak bagi list ya,” tulis Iqbal.

Hal tersebut bagaimanapun menimbulkan cemuhan dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan ‘berani mati’ itu.

“Konfiden itu penting, tapi kesedaran dalam diri pun penting.”

“Saya nak booking awak untuk upacara panggil hujan. Tempat saya kemarau, tanaman semua tak menjadi. Kot-kot dengan nyanyian merdu awak boleh menyebabkan ribut petir kat sini.”

“Takut takda orang hadir ke konsert Iqbal.”

“Sebenarnya Iqbal ni ada bakat yang sangat terpendam, saya syorkan Iqbal pendam je bakat yang sangat terpendam tu.”

Untuk makluman, Sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda.

Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas.

Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air. Selepas cacar air hilang, virus itu masih hidup dalam saraf anda.

Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila ia berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda.

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*