Semakin kurus! Jaga kesihatan kerana faktor usia ,Adibah Noor amalkan 6 suap sekali makan

 

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Adibah Noor yang dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

Adibah, 52, yang berkongsi foto terkini di Instagram pada petang Rabu menerima pelbagai respons netizen yang kagum dengan imej baharunya itu.

Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan cara tersebut.

“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia.

“Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.

“Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja,” ujarnya kepada mStar.

Berkongsi amalan permakanannya, Adibah berkata, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badannya seperti sekarang ini.

“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.

adibah noor 2

Adibah elak mengambil makanan diproses.

“Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.

“Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*