Terima DM gambar lvcah, Ramlah Ram anggap mereka ada m4s4lah m3nt4l

LUMRAH sebagai artis, penyanyi Ramlah Ram berkata, dia tidak terlepas menjadi mangsa gangguan peminat yang kadang-kala keterlaluan dan berbaur lucah.

Ramlah, 57, mendedahkan perkara seperti menerima kiriman gambar lucah bukan sesuatu yang baharu berikutan dia pernah berhadapan perkara sama melalui kiriman surat peminat ketika zaman kegemilangannya.

“Perkara ini terjadi sejak zaman dahulu lagi. Sekitar tahun 80-an saya sudah rasa pengalaman sebegitu. Zaman dahulu lebih teruk kerana mereka menghantar surat. Macam-macam benda yang dihantar.

“Sekarang ini di media sosial saya jarang buka jika terima direct messegge (DM) dari orang tidak dikenali atau apabila saya rasakan sesuatu yang tidak elok. Bagaimanapun ada ketika terbuka juga. Ada yang hantar kata-kata lucah dan gambar yang tidak senonoh.

“Bagi saya mereka yang melakukan perbuatan seperti itu ada masalah mental,” katanya kepada mStar.

ramlah ram 3

Ramlah masih terima pesanan lvcah dari peminat di media sosial.

Ramlah bagaimanapun tidak terlalu ambil serius hal tersebut dan enggan memperbesarkan perkara itu di media sosial.

Sementara itu, penyanyi lagu Diam Diam Jatuh Cinta ini turut memberitahu dia lebih berhati-hati menjaga privasi kerana bimbang diganggu individu yang boleh mengancam keselamatan dirinya.

“Rasanya tidak perlu layan dengan orang yang kerap hantar pesanan lucah di media sosial ini. Mereka hanya mahukan perhatian dan kalau saya dedahkan sekalipun masih ada lagi yang akan buat benda sama.

“Bahaya zaman dahulu dan sekarang berbeza. Ketika awal pembabitan dalam dunia seni, saya pernah rasa takut untuk pulang ke rumah selepas membuat show kerana bimbang ada orang akan ikut.

“Jadi sekarang ini saya lebih menjaga privasi dan tidak terlalu mendedahkan di mana saya berada. Pengalaman dahulu membuatkan saya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Ramlah ditemui ketika Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 yang berlangsung di Bandar Baru Bangi pada Sabtu.

ramlah ram 2

Bersama rakan-rakan artis yang menjayakan Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0.

Acara yang dianjurkan oleh Nizam Laksamana Production itu turut menampilkan artis lain seperti Ezad Lazim, Zarul Umbrella, Baggio, Tam Spider, Ibnor Riza, Rahmad Mega, Daqmie serta Nizam sendiri.

Kutipan daripada jualan meja majlis ini diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia yang akan disalurkan kepada pesakit kanser yang memerlukan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*