“Ahli Kelima”- Aksi Tokti Ikut Tarian Dolla Raih Perhatian Ramai

 

Kumpulan baharu dalam industri muzik tanah air iaitu gandingan empat penyanyi wanita, Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel yang dikenali sebagai Dolla semakin menjadi perhatian dan lagu-lagu mereka mendapat sambutan hebat peminat Malaysia yang membuatkan keempat penyanyi tersebut berjaya menempa nama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Baru-baru ini pula, Dolla nampaknya menjadi salah satu kumpulan penyanyi yang mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis rumah terbuka milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti.

Namun begitu, terbaharu tular pula satu rakaman video Tokti yang membuatkan ramai sekali lagi memuji sikap humble dirinya yang tidak sekadar buat peminat malah penyanyi junior juga sama.

Pautan Video : 

Melalui rakaman pendek yang dikongsikan ini memaparkan Tokti ikut tarian Dolla yang sedang membuat persembahan diatas pentas.

Tokti ikut tarian Dolla ini bagaimanapun mencuit hati ramai dengan kecomelannya namun membuatkan peminat Dolla juga memuji Tokti dan gembira kumpulan tersebut mendapat perhatiannya.

Video yang hadir diruangan fyp atau for your page itu dengan kapsyen, “Comel je Tokti ikut tarian Dolla,” membuatkan ruangan komen juga dipenuhi dengan reaksi-reaksi memuji sikap humble penyanyi nombor satu negara tersebut.

“Comel wehhh”

“Mana BBNU yang dapat support daripada Tokti memang sangat beruntung”

“Bukan senang orang yang dah lama dalam industri nak kenal budak2 baru”

“Dato siti mesti…”

 

 

Sumber:HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*