“Ikutkan anak memang galakkan saya berkahwin..” – Lufya akui belum lagi terbuka hati untuk berkahwin

 

DUA tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon Lufya Omar mengakui dia masih belum terbuka hati untuk mencari pengganti teman hidup.

Mengakui bahagia melalui kehidupan sendiri, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata fokus utamanya kini hanya perniagaan dan anak perempuannya iaitu Laana Haura.Lufya juga memberitahu dia tidak trauma dengan kegagalan perkahwinan terdahulu, malah anaknya juga menggalakkan dirinya berkahwin.

Lufya bahagia bersama anak perempuannya.

“Saya belum terbuka hati… bukan sebab trauma. Tapi sebab saya rasa kehidupan sekarang lebih bahagia. Sebab saya ada bisnes bakery dan sibuk dengan perniagaan itu.

“Tambahan pula, saya gembira jalani kehidupan bersama anak saya. Disebabkan seronok bersama anak dan sibuk berniaga, saya tak rasa pun kesunyian.

“Ikutkan anak memang galakkan saya berkahwin… hari-hari tanya bila nak cari ‘new papa’. Apa-apa pun saya berserah pada Allah. Doa yang terbaik untuk kehidupan saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini juga meluahkan rasa syukur apabila berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 25 kilogram dalam masa enam bulan.

Menurut Lufya, penurunan berat badan itu juga disebabkan pembedahan bariatrik yang dilakukan pada November tahun lalu selepas mendapatkan nasihat dari pakar bedah bariatik iaitu Dr. Mustafa Mohamed Taher.

“Alhamdulillah, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan berat dari 85 kilogram ke 60 kilogram. Saya dah boleh kawal pemakanan dan jadi lebih mudah untuk turun berat.

“Bila nak solat, badan jadi ringan… kalau sebelum ini, badan berat. Nak angkat badan sendiri pun susah. Buat kerja jadi mengah dan diserang asma yang sangat teruk.

Lufya berjaya turunkan berat dari 85 kilogram ke 60 kilogram.

“Jadi, saya jumpa Dr Mustafa dan dia cadangkan untuk buat bariatrik atas faktor kesihatan. Bila dah turun berat macam zaman anak dara ini, memang rasa badan ringan,” ujarnya.

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*