Jasmin Hamid dim4sukkan ke CCU akibat s3r4ng4n j4ntvng

PELAKON Jasmin Hamid kini sedang menerima rawatan di unit penjagaan kritikal (CCU) sebuah pusat perubatan akibat serangan jantung.

Berita tersebut dikongsi sendiri oleh suami kepada aktres itu iaitu Nazmir Abd Rahi yang membuat satu hantaran di laman Instagram milik Jasmin pada Rabu.

“Sekarang dia berada CCU kerana serangan jantung semalam (Selasa),” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Nazmir turut memaklumkan pelakon usia 48 tahun itu mempunyai sejarah penyakit jantung dalam kalangan keluarga.

Tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung.

“Keluarga dia ada sejarah sakit jantung.

“Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa memberi ubat untuk pam darah ke jantung.

“Mohon panjatkan doa untuk panjangkan usianya dan diberikan kesembuahn seperti biasa,” ujarnya.

Untuk rekod Jasmin dan Nazmir, 36, mendirikan rumah tangga November tahun lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*