Natasha Hudson Luah Rasa Bahagia

Natasha Hudson meluahkan rasa syukur kerana Allah mengurniakan sebuah perkahwinan yang paling ikhlas pernah dijalaninya.

Di Instagram, pelakon ini ada memuat naik satu posting khas buat suaminya, Muhammad Harits Jasmin.

“Satu lagi bulan kita sayang. Selamat meraikan bulan kedua. Lama juga Tasha tunggu untuk kebahagiaan yang seikhlas ini. Dalam tak mencari itu, Yang Maha Esa pula memberi.

“Kesabaran itu memang banyak hikmahnya bukan. Terima kasih awak untuk setiap saat dalam hidup saya. Sejujurnya saya boleh saja menulis karangan yang tak tiada noktahnya untuk menggambarkan perjalanan kita ini.

“Kehebatan awak dan impak awak dalam hidup saya. Awak adalah indah dan tersangat indah.Jiwa awak indah. Saya sangat bersyukur. Semoga kita mencipta lebih banyak memori dan babak untuk dikongsi bersama semua orang,”katanya.

Foto: IG

Natasha juga berterima kasih kepada semua pihak yang tidak berbelah bahagi mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraannya bersama keluarga.

Natasha dan suami kelimanya itu berkahwin 27 Mac lepas dan majlis hanya dihadiri 10 orang saudara terdekat.

 

Sumber:cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*