“Tentang f1tnah dan a1b suami, saya zip mulut” – Lisdawati

KUALA LUMPUR  : Pelakon, Lisdawati Nazaruddin, 44, mengaku tidak lagi mahu terlalu mudah tampil memberi komen atau sebarang kenyataan tentang apa sahaja isu kontr0versi atau f1tn4h berkaitan suaminya, aktor, Fauzi Nawawi.

Menurut Lisdawati, dia selesa untuk mengunci mulut kerana beranggapan sebagai isteri, tentu sahaja dia lebih mengenali siapa suaminya itu.

“Baik kontr0versi, f1tn4h atau a1b suami, saya akan zip mulut. Sebab, saya lebih kenal suami saya luar dan dalam. Insya-Allah, kalau Allah SWT izinkan, biarlah hubungan kami kekal sampai tutup mata.

“Isu apa sekali pun, kalau ada yang komen, saya doakan mereka kembali ke pangkal jalan dan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Bagi saya, Allah lebih tahu dan kita sebagai manusia,jangan buat kerja Dia,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

Lisdawati berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran Lana’s Bakery Land milik pelakon, Lana Nordin di Kota Damansara, malam tadi.

Ia adalah bagi mengulas mengenai pelbagai kontr0versi yang pernah terpalit pada Fauzi sebelum ini dengan antraanya membabitkan isu terlepas kata mengenai isu r0g.0l di sebuah program rakaman dan juga pelbagai kontr0versi p4nas lain yang mengundang kec4man netizen.

Selain itu, kata Lisdawati, dia dan suami sehingga kini menerima kiriman mesej di ruangan Direct Message (DM) Instagram daripada pelbagai pengguna media sosial tidak dikenali yang tampil memohon maaf.

“Ramai sebenarnya dan sehingga ke hari ini masih lagi kami menerima ucapan dan kata maaf daripada netizen yang sebelum ini pernah mengata dan mengecam kami. Saya anggap mereka dah dapat hidayah dan dah tahu kebenaran.

“Bila orang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati sebelum ini, tentulah kami tersinggung. Tapi bila tengok ramai yang minta maaf, saya dan Fauzi pun tak ada sebab untuk tidak memaafkan mereka.

“Kita semua melakukan khilaf. Orang minta maaf, kita maafkan. Bukan apa, sementara k3$empatan ada. Kalau kami pun dah tiada nanti, tak sempat minta maaf. Lebih afdal kami maafkan semua orang. Saya tengok sekarang, suami pun dah tak stres, senyum saja,”katanya.

Dalam pada itu, kata Lisdawati, dia juga bersyukur kerana hubungan suaminya dengan orang industri seni sangat positif sehingga tidak putus-putus menerima tawaran lakonan dan sebagainya.

“Alhamdullah sangat. Dia sampai tak menang tanganlah. Setiap hari pergi penggambaran.Sampai ada yang dia terpaksa tolak dengan baik. Saya percaya, ramai penerbit dan pengarah masih mempercayai bakat yang ada padanya.

“Tentang perselisihan faham dengan stesen tv itu sebelum ini pun sudah selesai dengan baik. Malah, stesen tv itu juga ada tawarkan dia berlakon lagi. Alhamdulillah. Saya pernah cakap dengan dia, apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

“Kalau orang tanya, dan kita jawab dengan tenang,Insya-Allah, semua perkara akan dipermudahkan,”katanya.

Untuk rekod, Lisda & Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 & dikurniakan empat orang cahaya mata. Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*