Kalau sudah namanya ibu, pasti apa sahaja akan dilakukan untuk anak-anak tidak kisahlah dalam situasi apa sekalipun. Sama macam gelagat seorang wanita ini yang tular selepas menghulurkan minyak masak kepada tukang masak di sebuah kedai makan.
Semuanya gara-gara minyak masak di kedai makan itu yang telah habis menyebabkan mereka tidak dapat menjual makanan yang ada. Kebetulan pula wanita itu baru sahaja selesai membeli barang dapur, dia kemudiannya menghulurkan minyak masak yang dibelinya.
Menerusi rakaman yang dikongsikan ini, pemilik video menunjukkan gelagat maknya yang membawa sebotol minyak masak dari troli. Menurutnya, kedai makan yang dipergi mereka itu telah kehabisan minyak masak menyebabkan mereka tidak dapat menjual seperti biasa.
Namun itu tidak menghalang wanita itu untuk menjamu selera di situ apabila dia mengeluarkan minyak masak yang baru dibelinya dari troli. Dia kemudiannya menyerahkan minyak masak itu kepada tukang masak itu sendiri sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya.
Pada penghujung video, dapat dilihat wanita itu akhirnya mengambil semula minyak masak yang diberikan bersama-sama pesanan makanan yang sudah disiapkan. Melihatkan gelagatnya ini, pemilik video turut berseloroh berasa malu dengan tindakan selambanya ini.



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply