BAKAL melahirkan cahaya mata pertama, vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie Elham bersama isteri iaitu Tasha Awie mengadakan majlis ‘gender reveal’ pada malam Jumaat.
Menerusi perkongsian video dan foto di Instastory Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, pasangan itu bakal menyambut kelahiran bayi perempuan.
Penyanyi berusia 24 tahun itu bersama isterinya mendedahkan jantina bayi pertama mereka dengan meletup belon hitam dan disertakan dengan serbuk berwarna merah jambu.

Ayie bersama isterinya, Tasha Awie.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan itu.
Malah, penyanyi lagu Hutang itu akan memuat naik video sepanjang majlis tersebut menerusi saluran YouTube mereka.
Ayie dan isteri juga sudah membuat akaun Instagram rasmi untuk bakal puteri sulung mereka yang menggunakan nama Aetajunior.

Ayie dan isteri teruja bakal timang bayi perempuan.
Menerusi laporan mStar pada awal Mac lalu, Ayie mengakui isterinya sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi mereka namun masih samar-samar.
Bagaimanapun, Ayie hanya mahu mengetahui sama ada bayi perempuan atau lelaki ketika usia kandungan isterinya sudah mencecah lapan bulan.
Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau Nur Natasha Awi pada 20 Oktober tahun lalu dan isterinya dijangka bersalin pada sekitar Ogos atau September.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply