Lelaki Luah Rasa Tak Puas Hati Terhadap Ibu Bapa Yang Hantar Anak Sekolah Pakai MPV Mewah

 

Baru-baru ini tular di media sosial gambar beberapa kereta Vellfire yang dipercayai sedang menunggu giliran mengambil anak di sekolah. Menurut individu yang memuatnaik gambar tersebut, selalunya hanya ‘tokey mafia’ di Jepun sahaja yang menggunakan kereta mewah itu di sana.

Perkongsian tersebut turut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ramai yang percaya individu itu seperti tidak berpuas hati dengan senario yang dilihatnya. Manakala netizen tidak menafikan kebanyakan rakyat Malaysia selesa menggunakan kereta mewah itu terutamanya yang mempunyai keluarga besar.

Pada awalnya, ramai juga yang bersetuju dengan pendapat lelaki itu di mana selalunya lambakan kereta Vellfire seperti itu hanya menambahkan kesesakan di kawasan hadapan sekolah sahaja. Tambahan pula, saiz kereta tersebut yang agak besar dan memakan ruang.

Ada juga netizen yang menyifatkan mereka yang membawa kereta itu mempunyai ‘inferiority complex’ dan mempunyai perasaan ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain. Tetapi ramai juga yang tidak bersetuju dan percaya individu tersebut mempunyai masalah hati dan tidak boleh melihat orang lain senang.

Malah ada yang menganggap hal ini sepatutnya tidak dijadikan isu kerana masing-masing lebih tahu tahap kemampuan sendiri. Bagi mereka yang berkemampuan dan mempunyai keluarga yang besar, pastinya kereta Toyota Vellfire ini adalah pilihan yang sesuai buat mereka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*