Berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang. Aktiviti ini biasanya dilakukan di lokasi dengan pemandangan indah dan menenangkan. Selain dapat mengisi masa, boleh juga menenangkan fikiran.
Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok ini. Dalam rakaman tersebut difahamkan pemiliknya memberitahu niatnya membawa anak-anak makan sambil berkelah untuk menikmati pemandangan.
Kelihatan dua kanak-kanak sedang menikmati makanan. Namun apa yang terjadi di tengah rakaman itu tiba-tiba kelihatan seekor tikus berlari gara-gara dikejar ular. Berikut adalah perkongsian rakaman suasana berkelah bertukar lepas terlihat tikus dikejar ular yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun pridaaaa ini:
Uish, mereka masih boleh bertenang lepas terlihat suasana genting dua haiwan ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman suasana berkelah bertukar tersebut telah meraih lebih 18 juta tontonan dan 1.9 juta likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply