Jasmin Hamid minta netizen jaga adab, tersinggung baca komen tentang suaminya

ENAM bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir netizen yang masih melemparkan kata-kata hinaan terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim.

Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengakui kata-kata yang menyamakan dia dan suami seperti ibu dan anak sedikit sebanyak melukakan hatinya.

“Tolonglah jaga adab, ini suami bukan anak saya! Rezeki saya bersuamikan lelaki muda.

“Saya terkilan ada beberapa komen netizen yang kata kami macam ibu dan anak sehingga ada yang kata tidak sesuai kerana nampak muda sangat.

“Ada juga yang ingat suami saya mata duitan yang hanya mahukan duit saya.

“Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami,” katanya ketika dihubungi oleh mStar.

Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu.

Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.

Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini berkata, komen negatif sedemikian hanya merosakkan emosi dan jika ia berlarutan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Perkara ini tidak boleh didiamkan dan jika saya lihat mereka masih lagi komen seperti itu, saya akan ambil tindakan yang sepatutnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin turut mendoakan orang lain yang belum bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan dan segera bertemu temu teman hidup.

Dia juga menasihatkan wanita lain yang mengalami nasib yang sama agar mempertahankan hak mereka untuk bahagia.

“Semoga Allah kirim jodoh yang baik-baik buat sesiapa yang masih belum bertemu jodoh.

“Saya juga menasihatkan wanita senasib dengan saya agar mempertahankan hak anda sebagai seorang isteri.

“Percaya dengan rezeki Allah dan kuatkan semangat kerana semua orang berhak untuk bahagia,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*