Mira Filzah Dan Suami Buatkan Akaun IG Untuk Anak, Dah Berjaya Kumpul Lebih 30000 Pengikut

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki seminggu lalu mendedahkan wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.

Menerusi Instagram, Bintang Paling Popular di  Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut berkongsi nama permata hati iaitu, Wan Khair Amir.

Apa yang menarik, Mira turut berkongsi akaun Instagram Wan Khair Amir dan hasil tinjauan, ia sudah pun mempunyai lebih 30,000 pengikut.

 

Sementara itu menerusi posting sama, Mira turut mendedahkan ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ pula memberi maksud ‘orang yang memegang perintah dan pemimpin’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu pada Januari lalu, Wan Emir mengesahkan isterinya berbadan dua selepas berbulan menyimpan rahsia.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.

Wan Emir turut memuat naik posting sama yang sekali gus mendapat pelbagai titipan tahniah serta doa yang baik-baik dari rakan artis dan peminat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*