Tak Perasan Label Di Kotak, Gadis Ini Terbeli ‘Earphone’ Sepanjang 5 Meter

Dalam situasi yang terburu-buru, memang ada masanya kita akan tersalah membeli barang kerana tidak membaca deskripsi produk terlebih dahulu. Sama macam situasi yang dialami gadis ini di mana dia tersilap membeli earphone sepanjang 5 meter ini.

Bagi para pelajar sepertinya, earphone sudah menjadi satu benda wajib untuk digunakan semasa mengulang kaji ataupun membuat assignment. Namun kesilapannya membeli earphone yang terlampau panjang ini telah membuatkan ramai terhibur melihatnya.

Pautan Video :

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis itu menunjukkan earphone yang baru sahaja dibelinya itu namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Menurutnya, dia telah membeli earphone sepanjang 5 meter itu tanpa disedarinya gara-gara terlalu terburu-buru semasa membeli.

Dia kemudiannya menunjukkan kepanjangan earphone itu yang diletakkan di atas lantai biliknya dan mampu mencecah sehingga ke pintu bilik. Lebih melucukan, gadis itu juga turut sama terhibur dan tidak dapat menahan ketawanya melihat keadaan earphone itu.

Untuk melakukan rutin harian sambil memakai earphone itu mungkin sedikit menyusahkan apatah lagi dengan keadaannya yang terlalu panjang. Sehinggakan ada yang berseloroh meminta gadis itu untuk tidak memakainya semasa tidur kerana risau akan terbelit pada bahagian leher pula nanti.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*