Sedang hamil anak ke-16,ibu muda ini tidak kisah jika hamil sekali lagi

Ramai betul! Biarpun sudah memiliki 15 orang anak,seorang ibu di North Carolina, Patty Hernandez kini sedang mengandung anaknya yang ke-16!

Ibu berusia 38 tahun itu yang semua anaknya diberi nama dengan awalan huruf C, dijangka melahirkan anak ke-16, pada Mei tahun depan.

Ketika ini dia bersama suami Carlos Hernandez tinggal bersama semua permata hati mereka di rumah lima bilik di Charlotte, North Carolina.

Setiap minggu mereka menghabiskan kira-kira AS$498 (kira-kira RM2,100) untuk belanja makanan serta keperluan lain.

Memetik laporan Mirror, lima anak mereka lelaki dan 10 lagi perempuan.

Mereka ialah CarlosJr, Christopher, Carla, Caitlyn, Cristian, Celeste, Cristina, Calvin, Catherine, Carol, Caleb, Caroline, Camila, Charlie dan Crystal.

Mula menjadi perhatian pada 2019 namun selepas itu dia melahirkan dua lagi anak iaitu Charlie yang lahir pada Mei 2019 dan Crystal yang lahir ketika p4andemik April lalu.

 

Walaupun, memiliki ramai anak, Patty senang dengan keadaan itu dan sejak dulu bersedia untuk hamil lagi.

“Keadaan ini memang memberikan tek4anan dan sukar untuk menjaga bayi yang baru lahir.

“Mereka selalu menangis dan saya harus melayani mereka, tetapi kami menikmatinya,” katanya.

Patty berkata, dia tidak menggunakan sebarang penc3gah keh4milan dan reda jika hamil lagi.

“Kami serahkan kepada Tuhan dan apa juga yang ingin diberikan, kami bahagia,” katanya.

 

 

 

Sumber,:HM

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*