Sekitar majlis pernikahan Mira Filzah- Wan Emir

DENGAN sekali lafaz, pelakon cantik Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam hari ini.

Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Mira, Badioezaman Ab Khalik.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.

Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercintanya.

Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun.

 

Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira.

Majlis pernikahan yang bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan.

Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpukan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.

“Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir,” katanya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi syarat piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesih4atan Malaysia.

Berikut ialah beberapa momen menarik sekitar majlis pernikahan Mira.

Tahniah Mira,Emir!

 

 

 

 

Sumber:HM

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*