Bakal dinikahkan malam ini, Mira imbas perkenalan dengan Emir melalui Instagram!

Sah! Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, di sini, malam ini.

Dibawa secara eksklusif, majlis pernikahan Mira dan Emir boleh disaksikan peminat melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit. Selain itu, siaran langsung majlis pernikahan boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam.

Selepas dua bulan mengenali hati budi, Mira dan Emir memilih malam ini untuk disatukan sebagai suami isteri.

Disember lalu, Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebagai suri hidupnya.

“Sejak pertemuan pertama, saya selesa dan serasi dengannya,” kata Mira sambil menambah dalam pertemuan pertama itu, dia ditemani dua sahabat baiknya.

Mendedahkan bagaimana hubungan mereka terjalin, Mira berkata, ketika dihubungi Emir melalui DM di Instagram (IG), Ramadan tahun lalu, dia tidak membalasnya. Ketika itu, Mira memikirkan Emir tidak lebih seperti peminat yang lain.

Tidak put us asa dengan tindakan Mira, Emir mengambil langkah lebih agre3sif apabila menghantar DM kepada ibu Mira.

“Selepas gaga4l berhubung dengan saya, Emir tidak berpvutus asa apabila menghantar DM kepada emak.

“Saya tidak tahu apa yang Emir katakan pada emak. Tetapi emak beritahu, beliau kenal Allahyarham bapa Emir dan menceritakan mengenai latar belakang keluarganya kepada saya,” katanya.

Terus berkongsi cerita, Mira mengaku sejak setahun dua ini, dia malas memikirkan soal cinta.

“Saya mahu lepaskan adik bongsu terlebih dulu dan fokus kepada kerja sahaja. Saya juga malas hendak memulakan perhubungan selepas melalui beberapa kega4galan sebelum ini.

“Bagaimanapun, emak meminta saya cuba mengenali Emir dan berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu bapa.

“Jadi, saya membalas DM daripada Emir dan hubungan itu berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya.

Namun, akui Mira, sebelum membuat keputusan bertemu Emir, dia berharap, biarlah hubungan itu mempunyai hala tuju. Pada usianya yang mencecah 27 tahun, Mira mengaku malas menjalin hubungan cinta lama-lama.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.

“Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya .

“Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat. Jadi, saya terus beritahu emak hasrat hati untuk berkahwin.

“Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.

“Tetapi dia bimbang jika saya anggap terburvu-buru. Semua ini tidak akan terjadi tanpa restu emak dan ibu yang memudahkan lagi niat kami berdua,” kata Mira yang membawa Emir bertemu kedua orang tua secara tidak dirancang di Subang Jaya, Selangor.

Mira berkata, ketika itu, ibu bapanya baru menghadiri sebuah majlis perkahwinan manakala dia dan Emir sedang menjamu selera.

“Semuanya berlaku tanpa dirancang. Saya tidak sempat membawa Emir pulang ke rumah untuk memperkenalkannya kepada emak dan abah.

“Kebetulan pada hari itu, kami berempat ada di Subang Jaya. Jadi saya buat keputusan untuk membawa Emir berjumpa emak dan abah buat kali pertama” katanya.

Menurut Mira, dia dan Emir sepatutnya bernikah pada Oktober depan,tetapi disebabkan p4ndemik COVID-19, Kakak sulung Mira yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS) tidak dapat berulang alik ke Malaysia dengan kerap.

Maka Mira dan adik bongsunya memilih untuk bernikah dalam tempoh terdekat supaya kakak mereka dapat menyaksikan serentak kedua-dua majlis perkahwinan adiknya.

“Kakak hanya dapat bersama sehingga esok, selepas itu dia perlu pulang ke AS kerana anak saudara akan memulakan sesi persekolahan yang baharu,” ujar Mira.

Mira dan Emir akan dinikahkan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam ini.

Sementara itu mengenai rancangan berbulan madu pula, Mira dan Emir merancang bercuti di Langkawi.

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*