9 tahun menghilag, rupanya macam-macam kerja yang Ana Raffali buat!

Selepas dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku, nama penyanyi, Ana Raffali, 34, terus sepi.

Ramai tertanya ke mana penyanyi yang sering tampil bersama gitar dan berbaju kurung itu menghilangkan dirinya? Bukan setahun dua, rupanya sudah 9tahun Ana Raffali menyepi.

“Saya bukannya menghilag, sebaliknya hanya berehat seketika daripada dunia nyanyian dan persembahan pentas.

Pada dasarnya, saya berhajat menjadi Doktor Falsafah. Untuk merealisasikan hasrat ini, saya perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Selain sibuk sebagai guru bahasa Inggeris, saya meneruskan pengajian separuh masa dalam bidang pengajian Sarjana Pendidikan Teknologi Instruktional di Universiti Islam Antarabangsa.

“Alhamdulillah, selepas lebih dua tahun bertungkus lumus membahagikan masa dan tanggungjawab sebagai pendidik serta pelajar, saya berjaya mendapat keputusan memberangsangkan dengan CGPAi 4.0. Kini, saya dalam proses akhir untuk menyiapkan tesis,” katanya lagi.

Ana yang merupakan bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam itu berkata, dia terlalu sibuk dengan tanggungjawab sebagai pendidik sepenuh masa selepas melahirkan cahaya mata kedua.

“Pada masa sama, saya juga bergelar pelajar separuh masa di samping tugas rasmi sebagai ibu dan isteri. Disebabkan kekangan masa, saya kurang memberikan perhatian pada bidang nyanyian.

“Buat masa ini, saya hanya aktif menyanyi untuk anak, sebelum tidur. Walaupun tidak berada di pentas atau kaca televisyen (TV), saya tetap menulis lagu dan lirik secara berterusan.

“Seperti dikatakan, saya masih aktif menghasilkan lagu untuk nyanyian sendiri mahupun penyanyi lain. Antara lagu baharu yang dihasilkan untuk band indie yang dikenali sebagai Margosa berjudul Tingkap Kaca,” katanya.

Selain itu,Ana turut mengembangkan kerjaya sebagai penulis kreatif di sebuah syarikat di Kuala Lumpur selepas lebih empat tahun menjadi pendidik.

“Saya berharap kerjaya baharu ini dapat memberikan ruang kembali aktif dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu.

“Saya dan pasukan pengurusan ada rancangan melakukan konsert berskala besar pada penghujung tahun sempena 10 tahun bergelar penyanyi rakaman. Saya berharap urusan dan perancangan yang diaturkan dipermudahkan,” katanya yang pernah berkolaborasi bersama penyanyi veteran, Suhaimi Meor Hassan menerusi lagu Kalau Berpacaran.

 

 

Sumber;BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*