Selamat jalan Safawi

Bintang bolasepak Safawi Rasid dijangka akan makin bersinar selepas dikhabarkan mendapat perhatian kelab luar negara Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

Sekiranya perbincangan pemain berasal dari Dungun, Terengganu bersama kelab berkenaan membuahkan hasil, Safawi akan menjadi pemain kedua tahun ini selepas tonggak Bawah 19 Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium melebarkan sayap ke pentas antarabangsa dengan beraksi bersama kelab di eropah.

Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman s0sial, Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya, di sini.

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Portimonense SC mengakhiri saingan musim lalu dengan berada di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah Antonio Folha.

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*