Selama 46 tahun, kereta-kereta ini tidak pernah keluar dari showroom!

Pelik! Sebuah pusat pengedar Toyota telah diabaikan selama beberapa dekad, lengkap dengan kereta yang dijualnya.

Maka,bagi peminat kereta new old stock (NOS) atau kereta antik, mereka mungkin menganggap kota ini seperti harta karun.

Pusat pengedar Toyota yang dimaksudkan itu terletak di Cyprus dan telah ditinggalkan selama 46 tahun!

 

Namun yang anehnya, kereta klasik yang ditinggalkan kelihatan masih utuh dan tidak terusik langusg sejak 1974.

Kereta-kereta itu diletakkan dengan rapi, seperti Corolla hingga Celica pada tahun 1970-an.

Seperti dalam gambar yang dimuat naik oleh akaun Facebook Showa Racing, kereta-kereta itu berdebu dan berkarat. Tayar juga kempis.

Kota Varosha sendiri adalah bahagian selatan kota Famagusta, Cyprus yang terb3ngkalai. Penduduknya mel4rikan diri semasa pencer0bohan Turki ke Cyprus pada tahun 1974 ketika kota Famagusta berada di bawah kekuasaan Turki.

Sejak ia menjadi kota m4ti hingga hari ini, terdapat banyak bangunan kosong dan jalan-jalan mulai ditumbuhi rumput liar. Walau bagaimanapun, pusat pengedar kereta Toyota masih dihuni oleh kereta dalam keadaan utuh.

 

Ooo..macam tu rupanya. Padanlah takde siapa nak pergi ‘ambil’ kereta-kereta tu semua.

 

Sumber:Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*