Dipijak gajah selepas bunyikan hon kereta

Berpantang m4ut sebelum ajal! Walaupun kenderaan mereka dipijak gajah, lima individu berjaya meloloskan diri keluar dari kenderaan mereka.

Kejadian menakvtkan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, kira-kira jam 7 malam tadi.

Difahamkan gajah tersebut mengamuk selepas sebuah kereta lain membunyikan hon.

Kenderaan itu dikatakan menghala ke Perak dari Kelantan dan kejadian berlaku tidak jauh dari Hentian Raawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

Seorang pemandu sebuah kenderaan yang juga datang dari arah Kelantan yang tidak dikenali mendakwa dia mendapat tahu cerita itu daripada seorang mangsa.

“Puncanya begini, semasa gajah di tengah jalan mereka memberhentikan kereta, tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon.

“Kereta belakang hon, gajah bangun mengammuk lalu memijak bonet kereta mereka, lima orang dalam kereta itu nasib baik sempat keluar dan lari tinggalkan kereta,” katanya menerusi satu pesanan suara.

Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima m4ngsa terpaksa menumpang kenderaan lain untuk berpatah balik dan berhenti di Hentian (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

Katanya lagi, isteri pemandu kenderaan terbabit menangis apabila diberitahu kereta mereka habis ranap dipijak gajah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, kenderaan mangsa mengalami ker0sakan kecil.

“Bagaimanapun, tiada kemal4ngan jiwa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan L1ar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, kakitangan sudah dihantar ke lokasi bagi melakukan siasatan lanjut dan pemantauan.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan pemandu supaya bersabar dan tidak memasang lampu tinggi ketika melalui kawasan berkenaan pada waktu malam.

“Jangan bunyikan hon atau paling penting jangan cuba menghalau gajah berkenaan,” katanya.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*