Dig0sip dengan PU Riz, Neelofa doa agar cepat bertemu jodoh

Bukan sekali dua Neelofa dig0sip dengan lelaki. Yang terbaru dia dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail selepas mereka kelihatan rapat sejak Ramadan lalu.

Namun Neelofa menjelaskan dia sudah lama mengenali Riz sejak tiga tahun lalu dan mereka sudah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.

Hubungan mereka dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Bagaimanapun Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, berkata, dia akan memberitahu berita gembira (berkahwin) itu kepada umum sekiranya dia sudah mempunyai perancangan ke arah itu.

Bekas pengacara program MeleTOP ini juga memohon agar tiada lagi gosip berhubung soal kahwin namun berharap orang ramai mendoakan dia bertemu pasangan yang baik.

“Soal kahwin ini, bagi saya terlalu banyak sangat versi cerita dan pernah juga dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Saya tidak akan berkongsi atau berikan kata putus selagi perkara itu (kahwin) belum terjadi dalam hidup saya.

“Tapi saya akan beritahu rakan media kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk berkongsikan ia dengan semua orang. Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik.

“Doa agar saya menjadi anak, bertemu jodoh dan isteri yang baik. Itu saja yang saya minta. Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini,” kata Neelofa.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia mungkin akan mendirikan dalam masa tiga atau empat tahun lagi atas sebab tuntutan kerja.

“Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu. Sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi.

“Sebab mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan. Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” ujarnya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*