Tiada sekatan keluar sempadan negeri- Polis Selangor

Susulan penularan mesej di aplikasi Whatsapp yang mend4kwa pihak berkuasa akan membuka khemah SJR bersepadu di laluan keluar Selangor ke negeri bersempadan, iaitu Negeri Sembilan dan Perak, mulai malam ini, polis Selangor menegaskan tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk pelaksanaan sebarang sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar sempadan negeri ini seperti yang did4akwa.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya juga tiada menerima sebarang arahan untuk berbuat sedemikian, setakat ini.

“Setakat ini, tiada arahan untuk membuat apa-apa sekatan (SJR),” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Penularan mesej itu menimbulkan tanda tanya dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, terutama mereka yang merancang pulang ke kampung untuk meraikan Aidiladha, Jumaat ini.

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*