Iqram Dinzly nafi ditaja penyanyi duo popular

Lama senyap dari sebarang ‘k0ntoversi’
nama pelakon Iqram Dinzly panas kembali, yang kini kononnya hidup ditaja oleh penyanyi duo kembar seiras, AishaHanim.

Namun bagi Iqram kehadiran pasangan kembar itu seperti bidadari yang menghiasi kehidupannya. Budi baik AishaHanim membuatkan dirinya semakin bersemangat dalam menjalani kehidupan.

“AishaHanim saya anggap macam bidadari yang hadir dalam hidup saya. Mereka mempunyai hati yang baik. Bila orang lain pandang saya pel1ik, mereka pula hadir membantu saya.

“Lebih empat tahun saya tinggal di Ipoh. Saya menjana pendapatan menerusi akaun Bigo. Saya pernah dapat RM5,000 sebulan menerusi akaun berkenaan.

“Apa-apa pun saya bersyukur, masih ada rezeki untuk saya biarpun dah lama tak berlakon.

“Saya masih berminat untuk berlakon sekiranya ditawarkan untuk membawakan watak yang berbeza.

“Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan muncul dalam program Jalan-Jalan Cari Pasal.” katanya yang mempunyai pendapatan sendiri sepanjang dirinya sepi daripada dunia lakonan.

Iq atau nama penuhnya, Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin juga mengaku dirinya akan terus bangkit dengan cara tersendiri.

“Tak kisah apa orang cakap, saya tetap akam lakukan apa yang saya mahu. Waktu saya susah bukannya mereka yang mengata datang membantu,” jelas Iqram lagi.

Bagi penyanyj AishaHanim pula,tidak wujud istilah tajaan seperti yang diperkatakan ramai orang. Mereka telah menganggap Iqram seperti adik sendiri.

Yang sebenarnya, mereka menawarkan Iqram menjadi model jubah jersi (jenama Zarac) keluaran AishaHanim.

“Kami kebetulan satu kampung di Ipoh, Perak dengannya. Kami lebih rapat dengan arw4ah kakaknya. Malah suami kepada Arwaah kakaknya pun bermain muzik dengan kami.

“Sebagai kenalan, kami rasa terpanggil untuk memberikan semangat kepada Iqram rentetan k0troversi yang dihadapinya sebelum ini,” kata Aisha atau nama sebenarnya Syazara Aisha.

Manakala Hanim atau nama sebenarnya, Hanim Fariza pula menuruti permintaan ibu Iqram agar menasihati anaknya itu.

“Kalau boleh, kami tidak mahu Iqram terus hanyut dengan k0ntroversi yang dilaluinya.

“Pada awalnya, kami turut pelik kenapa Iqram berkelakuan sedemikian di platform media s0sial? Tetapi, bila berjumpa dengannya, dia sama seperti orang lain.

“Pastinya Iqram mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membawa perwatakan sebegitu di laman s0sial. Apa yang penting, kami mengenali hati budinya,” kata Hanim yang tidak pernah peduli apa orang luar mahu cakap kerana niatnya hanya mahu membantu Iqram kembali ke ‘landasan’ yang sepatutnya.

Sementara itu, kumpulan AishaHanim lebih dikenali melalui lagu-lagu yang dijadikan lagu tema drama.
(OST).

Misalnya lagu nyanyian mereka Mata Kunci Cinta adalah lagu tema untuk drama Tabit Zulaikha dan Suami Sebelah Rumah.

Manakala lagu mereka berjudul Benar Cinta juga adalah lagu tema drama Syurga Nur.

Lagu Angkara nyanyian mereka juga menjadi lagu tema untuk drama bersiri Bukan Gadis Biasa (TV3) lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak yang disiarkan sepanjang Ramadan lalu.

 

 

Sumber: Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*