Harga minyak turun 4sen!

Dalam pada kita sedang berdukacita tentang kes covid yang semakin meningkat, ada juga perkhabaran gembira buat rakyat Malaysia.

Hari ini Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen bermula tengah malam ini.

Dalam kenyataannya lagi, harga runcit RON95 turun daripada RM1.72 seliter kepada RM1.68 seliter.

Bagi RON97, harga turun daripada RM2.02 seliter kepada RM1.98 seliter.

Harga runcit diesel pula turun sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.87 seliter kepada RM1.82 seliter.

Harga minyak ini bermula tengah malam ini hingga 31 Julai depan.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*