Diganggu lembaga tua berwajah hodoh ketika kuarantin di hotel

Adapun yang dimaksudkan dengan makhluk halus itu ialah makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa.

Mereka hidup di alam ghaib dan makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada ap1 iaitu yang terdiri daripada jin, ibl1s, sy4itan dan sebagainya.

Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk halus itu kepada sy4itan,ibl1s,jin tanpa merujuk kepada malaikat.

Begitulah halnya yang terjadi kepada sepasang suami isteri apabila mereka diganggu makhluk halus ketika menjalani kuarantin di sebuah hotel di Sarawak.

Kejadian yang berlaku baru-baru ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter iaitu Syazwan Sanosi membuatkan dia lega akhirnya dapat keluar dari hotel terbabit dengan selamat.

Kongsi Syazwan,

“Nak dijadikan cerita, kami guru-guru dari Semenanjung, Sabah dan Labuan diarahkan tinggal di sana 14 hari bermula dari tarikh touchdown.

“Sepanjang 14 hari tu, hari-hari saya dan isteri berlalu macam biasa.

“Pada siang hari ke-12 tu, dia sedang mandi dekat bathtub sambil basuh baju.

“Dia sendirian dalam tandas dan tengah khusyuk basuh baju, bahu dia di tepuk. Dia tengok belakang, tiada orang.

“Dia ingat saya duk kacau dia. Dia cepat-cepat basuh baju, terus keluar dan tengok saya tengah lena atas katil,” ceritanya.

Gangguan terus berlarutan apabila isterinya menemui rambut panjang beruban di lantai bilik tidur mereka.

“Aku dah syak macam ada benda tak kena.

“Selepas solat sama-sama saya tengok isteri saya semacam. Kemudian kami baca yasin sama-sama.

“Lepas siap semua tu, isteri saya cakap; ‘sorrylah, kami tak ambik tempat kau, kami tumpang je’. Ahh sudah…” tambahnya.

Apabila bangun untuk menunaikan solat Subuh, Syazwan terkejut apabila membaca kiriman teks daripada isterinya sendiri.

“Saya tengok telefon isteri saya mesej. Rasa macam lawak apa benda mesej laki sendiri walaupun sebelah-sebelah?

“Saya buka kemudian baca mesejnya; ‘Abang, sayang nampak orang tua muka buruk dekat penjuru bilik’.

“Dari mamai-mamai terus bangun mandi solat Subuh. Cuak punya pasal,” katanya.

Hari ke-13 berlalu dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang malam.

“Jadi kesimpulan dia, saya anggap saya ‘benda’ tu sekadar nak munculkan diri sebab nak beritahu yang kami berdua sudah masuk kawasan dia.

“Mungkin dia tak suka kami solat, ngaji semua tempat dia,” ujarnya.

 

 

 

 

Sumber: Twitter via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*