Wajah terkini Melissa Saila yang ‘tak makan tua,’

Nama Melissa Saila suatu masa dulu begitu sinonim dengan drama Cili Padi. Dalam drama tersebut, Melissa membawakn watak sebagai Maria berlakon disamping Jaafar Onn, Tam Suhaimi dan juga Datin Anne Ngasri.

Selain drama Cili Padi, nama Melissa Saila juga sebati dengan kepopularan ahli keluarga seninya iaitu Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan ibunya sendiri iaitu Seniwati Mariani.

Melissa Saila umpama tidak makan tua. Wajahnya tetap awet muda walau sering tampil tanpa solekan.

Ketika ditanya rahsia awet mudanya,Melissa menjawab,“Ya ke, adoi! Tak terfikir pun. Bagi saya mudah sahaja, apa yang penting adalah minda kena selalu sihat dan selalu positif. Jangan banyak streskan otak,” kongsi Melissa Saila dengan jujur.

Lebih 36 tahun terlibat dalam dunia seni, sudah tentu asam garam dalam bidang ini sudah dilalui oleh wanita ini.

Ketika diajukan soalan perbezaan industri  seni dahulu dan sekarang, jawabnya, “Sekarang zaman nak popular. Semua tentang populariti semata-mata,” katanya yang mempunyai syarikat produksi sendiri, Kus Semangat Aktor.

Melissa Saila telah mendirikan rumahtangga dengan Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Noor binti Megat Fauzi, 15 tahun, Zain bin Megat Fauzi 13 tahun dan Zahrah binti Megat Fauzi, 10 tahun.

Ketika ditanya apakah pesanan yang sering diberi oleh anak seniwati Mariani ini kepada anak-anak, jawabnya, “Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat dan paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.

Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga,” bicara Melissa mengakhiri perbualan.

 

 

Sumber:n0na

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*