Adibah Noor bakal gamatkan ‘Kampung People 2’

Drama rantaian popular, Kampung People 2 bakal menampilkan kemunculan pelakon versatil,Adibah Noor memegang watak baharu dalam drama komedi itu.

Pelakon dan penyanyi terkenal itu memberitahu, dia memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein, menerusi drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu.

“Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly.

Adibah melakonkan watak ibu Mona dikenali sebagai Dona yang lebih ‘over’ daripada anak sendiri dalam drama Kampung People 2.

“Dari segi mencipta keserasian, saya rasa tiada masalah. Walaupun saya tidak pernah bekerja dengan Elly, tapi kami pernah beberapa kali berjumpa dalam beberapa acara hiburan.

“Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak ‘over’ daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu,” katanya kepada BH.

Sebagai pelakon yang sering membawakan watak komedi, penyanyi Terlalu Istimewa ini mengaku tidak berdepan masalah untuk membawakan watak Dona.

Ulas Adibah lagi, oleh kerana dia sememangnya penonton setia drama popular itu, maka dia sudah memahami konsep drama serta perwatakan pelakon lain.

Bulan lalu, produksi yang menerbitkan drama ini, KL Motion Pictures mengadakan proses uji bakat atas talian untuk mencari pelakon tambahan.

Kampung People 2 yang mendapat pujian ramai ketika ditayangkan buat kali pertama di TV3, tahun lalu, mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

 

 

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*