Anak Dr Noor Hisham dilantik Felo Perdana 2020. Hebat!

Program Felo Perdana ialah diantara platform yang menawarkan peluang bagi siswazah dan graduan cemerlang untuk bekerja sebagai ‘intern’ atau pembantu sementara kepada menteri-menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri.

Felo akan didedahkan kepada pelbagai aspek kepimpinan kerajaan melalui seorang menteri yang akan menjadi mentor kepada Felo yang terpilih berdasarkan keputusan akademik, kegiatan kokurikulum dan rekod kepimpinan mereka.

Menerusi perkongsian Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul melalui laman Twitter, seramai tiga orang telah terpilih untuk menyertai Felo Perdana bagi tahun 2020.

Dan yang menarik nya, salah seorang ahli Felo Perdana 2020 yang diperkenalkan ialah Muhammad Khair b. Noor Hisham iaitu anak lelaki kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham

 

Bukan calang-calang orangnya, Khair berkelulusan dari Sheffield Hallam University, United Kingdom.

Sepanjang bergelar pelajar, pelbagai anugerah akademik yang telah diraih antaranya ialah pemenang dalam Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition pada tahun 2019.

Khair juga meraih pelajar terbaik iaitu menjadi ketua kepimpinan majlis perwakilan pelajar di UiTM Pahang pada tahun 2018.

Bukan itu sahaja, Khir juga bergiat aktif sepanjang bergelar siswazah dan pernah menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya iaitu program bersama antarabangsa.

Melihat daripada kesemua pencapaian yang diperoleh, sememangnya anak lelaki Dr Noor Hisham ini sangat layak dipilih sebagai Felo Perdana 2020.

Rata-rata netizen turut teruja dengan pemilihan Khair.

Sementara itu dua lagi yang terpilih tidak kurang hebatnya. Mereka ialah:

Semoga dapat merasai pengalaman berharga

 

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Felo Perdana 2020!

 

 

 

 

Sumber: Twitter via Borak Daily

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*