SRK, Salman Khan,Amir Khan dikaitkan dengan kem4tian Sushan Singh Rajput

Nampaknya kisah kem4tian aktor Bollywood,Sushan Singh Rajput bagaikan tiada noktah.

Yang terkini, nama Salman Khan, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan disebut menjadi punca kemurungan Sushan hingga dia mengambil keputusan membvnuh diri.

Peminat pelakon ini mengesyaki ia berkaitan dengan nep0tisme di Bollywood.

*Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin ‘nepos’, yang bermaksud “anak saudara” atau “cucu”.

Dari laporan terdahulu, Sushant Singh Rajput kehilangan beberapa kontrak filemnya dan difahamkan ia disekat oleh tujuh syarikat produksi Bollywood besar seperti Salman Khan, Karan Johar dan Aditya Chopra. Dari sini timbulnya isu nep0tisme.

Selepas kem4tiannya juga, di media s0sial terdapat banyak perdebatan mengenai nep0tisme yang akhirnya membuka kisah penind@san dan bagaimana nep0tisme menjalin hubungan dengan orang-orang dari luar industri Bollywood.

Pinkvilla melaporkan, hari ini terdapat hashtag #Boyc0ttKhans di Twitter.
Peminat Sushant Singh Rajput menuntut agar orang ramai memb0ikot filem Salman Khan, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan.

Ini kerana kemasyhuran yang diraih oleh tiga bintang Bollywood itu adalah hasil dari nep0tisme.

Bukan hanya ketiga-tiga Khan yang diser4ng, sejumlah anak artis yang juga ditvduh menjadi terkenal kerana pertolongan keluarga mereka tidak dapat lari dari sasaran kem4rahan netizen.

Contohnya Sonam Kapoor, anak perempuan Anil Kapoor menutup ruangan komen di  Instagramnya kerana  tidak mahu membaca komen yang tidak menyenangkan untuknya.

Sementara itu, Sonakshi Sinha, anak perempuan bekas pelakon Shatrughan Sinha yang kini menjadi ahli politik, telah menutup akaun Twitternya kerana tidak tahan dibvli.

Peminat dikatakan kecewa kerana anak-anak artis dilihat mer0sakkan karier orang luar dan tidak membiarkan nama lain berkembang di Bollywood.

 

 

 

Sumber:Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*