Tiara Jacquelina kenang Allahy4rham Hani Mohsin sebagai seorang bapa penyayang, rakan yang setia

Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi sekeping foto kenangan arwah bekas suaminya, pelakon Allahyrham Hani Mohsin sempena memperingati tarikh hari lahir seniman itu hari ini.

“Memperingati seorang bapa yang paling berdedikasi dan penyayang, seorang rakan yang setia dan seorang pelakon yang sangat berbakat di layar perak sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55 hari ini,” tulis Tiara.

Tiara juga tidak lupa mengajak orang ramai yang masih mengingati Allahy4rham untuk menyedekahkan Al-Fatihah.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata teman industri dan pengikut Tiara meninggalkan komen positif dan turut membacakan Al-Fatihah buat Allahyarham. Antara yang meninggalkan komen adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noryn Aziz dan juga Tya Arifin.

Puan Sri Tiara mendirikan rumah tangga bersama Hani Mohsin pada tahun 1993 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hani Karmila sebelum berpisah pada tahun 1998.

Allahy4rham Hani Mohsin menghembvskan nafas terakhir pada tahun 2006 akibat penykit jantung.

Antara filem lakonan Allahy4rham yang masih diingati hingga ke hari ini ialah Embun, Jimi Asmara dan Ringgit Kasorrga.

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*