Enot rela hidup solo, dari menanggung ‘biawak hidup’

“Memang tak terfikir pun. Malas nak serabut kepala,” itu jawapan yang diberikan pelawak wanita terkenal, Enot apabila diajukan berkenaan soal pengganti dan teman hidup.

Dia yang pernah dua kali berkahwin mengakui malas memikirkan soal jodoh.

Enot memilih meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga apa sahaja yang mampu menambah punca pendapatan dari memikirkan soal jodoh.

Enot dikhabarkan serik untuk berkahwin semula selepas dua kali gagal dalam alam rumahtangga. Lebih pahit apabila dia didakwa mempunyai pengalaman ‘menanggung suami’.

Dia didakwa lebih rela bergelar ibu tunggal daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk menyara anak-anak dan suami.

“Macam sekarang, saya berniaga dari rumah di Keramat. Saya pun tak kemaruk bantuan ketika pandemik COVID-19 ini. Kalau ada… adalah,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Enot atau nama sebenarnya Aliza Bt Abdullah mula mencipta nama pada tahun 2000 menerusi siri komedi Mat Despatch arahan bapa saudaranya, Rashid Sibir.

Enot  juga pernah menjadi juri tetap rancangan realiti Raja Lawak musim kedua pada tahun 2008.

 

 

 

 

 

 

Sumber:myartis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*