7 perkara ini yang akan kita kenang bila tamatnya tempoh PKP nanti

JIKA pada awal tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan rakyat negara ini berkongsi pelbagai emosi mereka, kini kebanyakan rakyat sudah terbiasa dengan tuntutan yang diarahkan.

Pasti ada yang tidak sabar untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun kelonggaran sudah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebagai langkah keselamatan, garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih perlu dituruti.

Bagaimana agaknya kehidupan selepas keseluruhan tempoh PKP ditamatkan? Itu kita sama-sama nantikan.

Dan ini adalah diantara pekara yang mungkin anda akan rindui selepas tamat tempoh PKP;

1) Bekerja dari rumah

Sejurus selepas pengumuman pelaksanaan PKP, kebanyakan syarikat di negara ini mengambil keputusan untuk membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah sebagai langkah keselamatan.

Pelbagai reaksi yang dapat kita lihat melalui media sosial apabila netizen berkongsikan pengalaman mereka bekerja dari rumah.

Apa pun yang terpaksa anda harungi, pastinya bekerja dari rumah adalah antara perkara yang anda akan rindui sekembalinya ke pejabat nanti!

Ada yang hanya bersiap dari paras badan ke atas kemudian menyarungkan seluar tidur, ada yang terpaksa menyorok dari pandangan anak-anak, ada juga yang bersiap sepenuhnya untuk pastikan ‘ada mood’ ketika bekerja dari rumah.

Apa pun yang terpaksa anda harungi, pastinya bekerja dari rumah adalah antara perkara yang anda akan rindui sekembalinya ke pejabat nanti!

2) Pengumuman perkembangan COVID-19

Sepanjang tempoh PKP, antara tumpuan yang dinantikan setiap hari adalah sidang media perkembangan COVID-19 di negara ini.

Hampir setiap hari pasti ada sidang media oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebagai rakyat yang prihatin, tentunya majoriti  rakyat Malaysia menantikan perkembangan ini setiap hari.

3) Akses percuma kepada semua saluran filem untuk para pelanggan Astro

Selain melayari internet dan mendapatkan perkembangan terkini di media s0sial, kami pasti masa yang terluang duduk di rumah juga diisikan dengan menonton pelbagai program menarik di televisyen.

Apatah lagi selepas Astro membuka akses percuma kepada semua saluran filem untuk para pelanggannya.

4) “Dalgona coffee”

Dalgona Coffee menjadi kopi paling popular sepanjang tempoh ‘duduk rumah

Bukan hanya ‘dalgona coffee’ tetapi macam-macam resepi yang viral sudah anda cuba kan? Malah yang tak pandai masak pun dah boleh masak sekarang.

Trend seumpamanya ketika PKP ini mesti anda rindu apabila terkenang semula!

 

5) Dato’ Ismail Sabri digelar ‘Menteri Kuih Muih’

Samada sudah bosan terperap di rumah ataupun rakyat Malaysia sememangnya kreatif.

Dek kerana tiap-tiap petang melihat Menteri Kluster Keselamatan, Dato Ismail Sabri di kaca tv, baju-baju yang dipakai beliau disuaipadankan dengan pelbagai pencuci mulut.

Tetapi yang lebih menarik lagi, Dato Ismail Sabri juga ‘sporting’ dan turut berkongsi perkara tersebut di Facebook beliau.

6) Panic buying roti Gardenia

Tidak diketahui apa puncanya, tiba-tiba roti Gardenia menjadi hot item ketika awal musim PKP dulu, walaupun makanan ruji rakyat Malaysia ialah nasi dan bukannya roti!

Bagaimanapun kekurangan bekalan roti Gardenia dapat diatasi dan tiada lagi insiden kejar mengejar dengan lori Gardenia!

7) Kebersamaan rakyat

Jika sebelum ini, temasya sukan antara aktiviti yang menyaksikan kebersamaan rakyat, semangat sama dapat disaksikan sepanjang tempoh PKP.

Lebih-lebih lagi apabila kita semua dikehendaki untuk duduk di rumah dan membantu barisan hadapan menjalakan tugas mereka demi memastikan rantaian jangkitan C0VID-19 dapat dipvtuskan.

Semoga sifat kebersamaan ini tidak terhenti setakat tempoh PKP, tetapi sepanjang masa dalam usaha memerangi C0vID-19.

Kita masih belum menang, sama-sama kita jalankan tanggungjawab masing-masing dalam mem3rangi p4ndemik ini.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*