Penyanyi yang terkenal dengan imej s3ksi, Kilafairy akhirnya memilih untuk menutup aurat dengan sempurna . Perkara itu dikongsi oleh pengacara dan pelakon terkenal Neelofa yang meluahkan rasa syukur apabila rakan selebritinya iaitu penyanyi Kilafairy kini sudah pun berhijab.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendoakan agar anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu terus istiqamah dan menjadi seorang wanita solehah.
“Aku doakan semoga kau terus istiqamah, semoga Allah kuatkan hati kau, kuatkan iman, tegakkan iman, dapat menerima manfaat, boleh jadi wanita solehah dan contoh teladan kepada ramai orang.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi Instastory.
“Semoga kau sentiasa bahagia, tenang dan disayangi ramai. Kilafairy dah berhijab! Cantik.. muka macam wanita Pakistan pula,” kata Neelofa kepada Kilafairy.
Bekas pengacara program MeleTOP itu mended eahkan perkara tersebut menerusi laman Instastory dia ketika berada dalam kereta bersama Kilafairy pada petang Sabtu.
Kilafairy kemudiannya turut berkongsi semula Instastory Neelofa bersama foto penampilan baharu dirinya.

Kilafairy berkongsi foto dia memakai hijab.
Usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada Kilafairy tidak berjaya apabila penyanyi lagu Put The World In itu tidak menjawab mesej.
Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman s0sial memuji penampilan baharu pelakon itu dan mendoakan agar ia berkekalan.
Pada awal Februari lalu, Kilafairy meluahkan hasrat untuk mengubah imej s3ksi yang cukup sinonim dengannya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:mstar
Leave a Reply