Pelakon Shah Iskandar berniaga buah tepi jalan isi masa lapang

“ADA simpanan, tapi saya jenis orang tak boleh duduk diam”, itu jawapan pelakon Shah Iskandar apabila ditanya kenapa memilih untuk berniaga buah di tepi jalan.

Menurut Shah, 37, dia mengambil langkah ini demi mengisi masa terluang ketika aktiviti penggambaran tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Boleh saja kalau saya nak relax di rumah… tapi saya jenis yang tak boleh duduk diam.


“Di rumah pun saya cuba kemas barang-barang rumah, saya fikir… kenapa tidak buat benda yang lebih berfaedah iaitu dengan berniaga, ” ujarnya ketika ditemui di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.

Tambah Shah, walaupun berniaga di tepi jalan, dia tetap mengambil langkah selamat demi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kita ikut SOP yang diwajibkan… kita pakai mask, sediakan hand stanitizer, pakai sarung tangan, ” ujar Shah.

 

 

 

 

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*