“Harap dapat mudahkan mereka yang menguruskan”-Dato Rizalman sudah siapkan kelengkapan jenazah untuk dirinya

Syawal belum berlabuh. Masih ramai lagi yang menyambut Syawal dengan gembira walaupun dalam mood PKP.

Pereka fesyen tersohor, Dato Rizalman ada berkongsi video di Insta Story apa yang terkandung di dalam luggage bag yang diatur kemas dalam biliknya.

Cerita dari Dato Rizalman sendiri.

“Dalam tu semuanya kelengkapan jenazah untuk saya. Andainya Allah ambil ny4wa saya satu hari nanti, diharap dapat mempermudahkan urusan mereka yang akan menguruskan jenazah saya. Kain kafan, jubah untuk menutup tubuh, kapas dan lain-lain lagi semuanya ada. kita tak tahu bila dan dimana nyawa kita akan diambil, kalau boleh saya harap biarlah di rumah,” katanya.

Walaupun sudah hampir empat bulan meninggalkan dunia fesyen, kehidupan Dato Rizalman sentiasa terisi dengan aktiviti, baik perniagaan mahupun perkongsian terjemahan dari isi kandungan al-Quran.

“Sudah lama saya pendamkan niat mengundur diri tetapi saya takut. Setiap kali membuat pertunjukan fesyen, saya sering terfikir kalaulah aku m4ti saat ini, apa yang aku akan jawab pada Allah nanti.

Bayangkan, kita duduk rumah dengan selesa, makna minum lebih dari cukup tiba-tiba kita tahu, ada orang yang terpaksa ikat perut untuk makan, meminjam duit untuk membeli susu malah hidup dalam rumah yang gelap dek kerana bil elektrik yang tak mampu dibayar. Inilah semangat saya untuk membantu lebih ramai orang, bercuti dari memikirkan tentang dunia fesyen!”tegas Dato Rizalman.

“Hidup saya diatur dengan strategi dan formula. Asalnya saya tak pandai menggunakan media s0sial lebih-lebih lagi Instagram. Lepas ‘terbongkar’ fungsi ‘kapal terbang’ di Instagram, baru saya tahu ramai rupanya yang berkomunikasi dengan saya secara private. Di post biasa, saya akan baca setiap komen, dan berusaha juga membalasnya.

Dari DM di Instagramlah saya mula mengetahui keikhlasan peminat saya. Banyak sungguh kisah mereka tak kurang juga yang mendoakan saya. Menitik air mata apabila orang yang tidak kita kenali, mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk kita. Saya terharu dan happy sangat. Rasa begitu dekat dengan followers, walaupun mulut saya ni boleh tahan pedasnya!

Saya sentiasa percaya pada rezeki Allah. Saya bukan Raja Midas, yang mengubah setiap benda menjadi emas. Saya hanyalah hamba yang cuba memperbaiki diri dari hari ke hari dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah beri. Jangan bongkak dan percaya ia adalah Kun Faya Kun dari Allah,”katanya.

Kesempatan bersama Dato Rizalman kami gunakan sehabis baik. Bukan senang untuk bertemu mata dengan insan yang mempunyai bakat seni agung. Tidak pernah terlintas, seorang pereka fesyen tersohor dan disegani kini memilih peluang rezeki yang jauh tersasar dari landasan kemahirannya.

Kenapa agaknya rezeki Dato semakin menjadi-jadi? “Semua atas kehendakNya. Saya lalui hidup ini dengan percaturan yang telah ditulis secantik-cantiknya. Orang kata, nak murah rezeki kena banyak amalan. Tetapi untuk saya, memang abnyak doa yang diamalkan. Tak tahu yang mana satu berkesan. Tetapi saya sentiasa displinkan diri untuk menunaikan solat sunat Subuh setiap hari dan jadikan solat sunat Dhuha sebagai amalan wajib.

Selalulah bersedekah dan membayar zakat. Kedua-dua ini memberi kesan yang sangat hebat. Pastikan sedekah itu konsisten, kalau tidak rezeki pun tak datang dengan konsisten. Mungkin saya tidak mampu bersedekah kudrat tetapi saya gunakan kelebihan yang saya ada untuk mencari idea-idea dan peluang rezeki yang lumayan. Bila ada duit, lebih mudah untuk kita bersedekah. Itu pemikiran saya.

Cuma, apa yang boleh saya kongsikan adalah sedekah yang orang tidak tahu.
Rezeki Allah beri ini saya gunakan untuk membawa orang yang susah mengerjakan umrah.

Pada saya, untuk apa kita sibuk menjejak kaki ke Mekah untuk mengerjakan umrah berkali-kali sedangkan ramai lagi umat Islam yang teringin untuk melihat Kaabah di hadapan mata. Teringin bersujud di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi namun tidak mampu.

Satu kebahagiaan untuk saya apabila saya diberi rezeki untuk membayar pakej umrah buat seorang tukang sapu yang begitu pandai mengaji Al-Quran. Bayangkan bagaimana dia berdoa untuk kita dihadapan Kaabah dan itulah doa yang paling mulia sekali. Istiqamahlah saat bersedekah,”pesan Dato Rizalman mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Nona

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*