PKPB tamat:Tingkatan 5 dan 6 masuk sekolah dulu

KEUTAMAAN akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain, Semenyih, Selangor bersama Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, semalam.

Lawatan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seolah-olah menguatkan lagi desas desus bahawa sesi persekolahan akan bermula selepas tempoh PKPB tamat pada 9 Jun nanti.

“Kami diberi taklimat oleh pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Langkah pence3gahan jangkitan C0vid-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

“Garis panduan yang disediakan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hasil kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain,” katanya.

Menurutnya, seperti diumumkan Menteri Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan C0vid-19 di Malaysia.

“Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.

“KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.

“Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang adalah aset berharga negara,” katanya.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*