“Ustaz dah tunjuk,makin banyak kita beri makin banyak Allah bagi kat kita balik”

Seperti yang diketahui umum Ustaz Ebit Lew mempunyai beberapa rangkaian perniagaan dan sumber pendapatan.

Jadi tidaklah pelik jika beliau mampu tinggal di banglo tiga tingkat dan memiliki beberapa kereta mewah.

Terbaru, beliau berkongsi di Instagram klip video pendek beliau berada di dalam sebuah kereta ‘mewah’ jenama Audi berwarna putih.

Tidak dinyatakan adakah dia empunya kereta mewah tersebut, tetapi berdasarkan kapsyen yang ditulis Ustaz Ebit seakan memberi hint ia adalah hadiah untuk isterinya.

Tulis Ebit Lew;

” Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah.

” Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri.

” Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyvsahkan diri.

” Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga.

” Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan d0sa kita sebab pemberian kita.

” Sebelum pergi kerja saya selalu duit tiggl atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah.

” Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak.

” Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa.

” Senyuman dan peng0rbanannya tak terbayar. Janganlah kedekvt pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita.

” Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami.  Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.

” Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita.

” Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.

” Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik.

Sementara itu diruangan komen ada yang meneka bahawa jentera baru Ustaz Ebit itu adalah kereta ‘sport’ jenama Audi R8 5.2 V10 Plus Coupe keluaran tahun 2017.

Kereta tersebut dianggarkan bernilai sekitar RM1.4 juta! Wow!

Tetapi ramai netizen yang lebih mengkagumi Ustaz Ebit Lew yang sentiasa dimurahkan rezeki dek kerana amalannya yang suka bersedekah.

Semoga sifat pemurah Ustaz Ebit Lew menjadi ikutan kepada yang lain. Bak kata seorang netizen, Derma 1, Allah balas 10!

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: limauais

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*