Walaupun di usia emas, 5 pelakon wanita ini masih ‘bernilai’

Tiada lama tiada baru. Pepatah itu jelas menggambarkan betapa berharganya nilai individu otai tak kira dalam apa juga industri.

Industri seni kiranya beruntung memiliki seleksi pelakon otai yang masih aktif biarpun meniti usia emas.

Sama ada menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang hayat bergelar anak seni ataupun tidak, itu bukan hal tanda aras.

Yang penting, keberadaan mereka menjadi kompas buat artis baharu untuk mencorakkan perjalanan karier seni mereka.

Gempak senaraikan beberapa pelakon wanita otai yang pernah bergemerlapan dan masih dirindui peminat sampai kini.

1. Wan Maimunah

Dramatis air mata ini satu dalam sejuta. Berikan apa sahaja watak pasti akan dijayakan sebaik mungkin.

Watak antag0nis pasti dibenci, watak terani4ya pasti dipuji. Itulah ibu Wan Maimunah yang satu.

 

2. Ruminah Sidek

Ibu kepada Adlin Aman Ramlie ini juga antara figura yang disenangi dalam dunia seni tempatan.

Mesra dengan panggilan Mak Mah, pelakon yang pernah menghiasi beberapa naskhah antaranya Mira Edora, Puteri Gunung Ledang dan Redha itu masih dirindui kelibatnya hingga sekarang.

Mak Mah, 73, pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM-21 menerusi filem Pensil.

3. Normah Damanhuri

Lakonannya sebagai Wan Peah masih melekat dalam minda ramai orang hingga sekarang.

Normah, 66, merupakan ibu kepada model dan pelakon Ahya Rosli serta usahawan sensasi Kak KM.

Malah, Normah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 1998 menerusi filem Jogho dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM25 menerusi filem Songlap.

 

4. Fauziah Nawi

Pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Fantasia,siapa yang tidak kenal dengan  ibu Fauziah Nawi yang popular dalam pelbagai naskhah antaranya Pondok Buruk dan Daun Ketupat Kering.

Kemunculannya sering dinantikan terutama drama-drama serta telefilem sempena Aidilfitri.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 itu antara yang dirindui sehingga kini.

5. Delimawati

Tiada Hantu Kak Limah maka tiadalah kelibatnya!

Alangkah ruginya mensia-siakan bakat yang ada pada anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu.

Mungkin senarai ini tidak lengkap dengan barisan pelakon wanita otai yang kita ada dalam industri sehingga kini.

Antaranya ialah Rosnah Mat Aris, Norlia Ghani, Khatijah Tan, Mak Jah, Aida Khalida, Kartina Aziz, Kismah Johar antara anak seni tak ternilai yang kita miliki.

Hargai mereka dan berikan mereka peluang untuk terus berkarya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*