Senario ‘kembali’ tanpa Lan Pet Pet

Sebelum munculnya pelawak-pelawak popular dari program realiti Raja Lawak, nama Senario cukup gah suatu masa dulu.

Khas buat peminat kumpulan komedi itu,Senario yang popular pada tahun 90-an itu bakal kembali dalam sebuah naskhah ‘Senario Reunion’ yang akan ditayangkan di RTM TV2 pada malam raya kedua. ‘Senario Reunion’ bakal menampilkan Saiful Apek, Hamdan, Wahid, Ilya, Yassin dan Azlee.

Perkara itu dimaklumkan oleh Saiful Apek menerusi laman Instagram miliknya mengakui persahabatannya dengan semua ahli kumpulan Senario merupakan satu yang indah dan tidak ternilai. Menurut Saiful hubungan mereka tidak ubah ibarat seperti adik beradik apabila masing-masing bergabung kembali sebagai Senario.

“Indah dan nikmatnya, harga silaturrahim dan ukhwah yang tiada nilai dengan wang ringgit, bersama sahabat-sahabat yang masih lagi istiqamah untuk bersama-sama selagi masih bernyawa. Sayangi sahabat-sahabat, ibarat famili sendiri. Syukur Alhamdulilah,” tulisnya.

Walaupun begitu mereka hanya kembali dengan 6 orang ahli sahaja tanpa Lan Pet Pet: “Kepada yang tertanya-tanya kenapa 6 ahli sahaja, ia adalah kerana abang Lan Pet Pet tak dapat bersama atas kesibukan urusan yang tak dapat dielakkan. Tiada kejadian yang dijadikan kebetulan,” katanya lagi.

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*