Hangat-hangat tahi ayam, pekerja tempatan ‘cabut’ lepas kerja tiga hari di pasar borong walaupun ditawar gaji RM100 sehari

Dengan penahanan pekerja tanpa dokumen sah di Pasar Borong Kuala Lumpur, ramai warganegara yang memerlukan kerja dalam tempoh kawalan pergerakan turut bekerja di pasar yang pernah terkenal dengan kehadiran pendatang asing itu.

Walau bagaimanapun, China Press melaporkan, ramai pekerja tempatan tidak mampu bertahan dengan suasana kerja yang sukar di pasar borong, walaupun gaji harian RM100 ditawarkan.

Ramai orang tempatan hanya mampu bertahan beberapa hari, malahan ada yang memilih berhenti hanya selepas bekerja selama tiga jam.

Seorang pemborong di pasar memberitahu, daripada 40 pekerja tempatan yang digaji sejak dua minggu lalu, yang masih tinggal hanyalah lima orang.

Menurut akhbar itu, terdapat 448 gerai dalam Pasar Borong Kuala Lumpur dengan 216 menjual sayur, hasil laut (168) dan buah-buahan (64).

Dianggarkan sekurang-kurangnya 4,000 malahan mencecah 5,000 pekerja asing dan pelarian mencari rezeki di pasar itu sebelum ini.

Selepas penguatkuasaan dijalankan, kini hanya terdapat lebih 60 pekerja asing berdokumen sah yang bekerja di situ.

Walaupun pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 yang menjanjikan pendapatan bulanan lebih RM1,200 hingga RM2,500 (bekerja tiga hari seminggu dan gaji berlainan mengikut jenis gerai), tetapi orang tempatan tidak berminat kerja pasar.

Pengerusi Persatuan Hasil Laut Kuala Lumpur, Xin Jian Jia berkata, peniaga cuba menggaji pekerja tempatan setiap hari.

Katanya, kadar mobilasi pekerja tempatan bagaimanapun sangat tinggi dan ramai yang berhenti kerana gagal menghadapi suasana kerja di pasar.

Keadaan itu, katanya, memaksa pemborong men0lak dan menghantar barang dengan sendiri kerana kekurangan pekerja.

Ujarnya lagi, dia telah menggaji 40 pekerja tempatan sejak dua minggu lalu, tetapi yang tinggal sekarang hanyalah lima orang.

“Kebanyakan orang berhenti kerana g4gal menampung b3ban kerja yang tinggi dan kasar.

“Mereka perlu men0lak barang yang beratnya berpuluh-puluh kilogram antara tempat meletak kenderaan dengan pasar. Setiap hari, mereka perlu melakukan rutin ini puluhan kali lamanya,” katanya.

Jian Jia berkata, pemborong juga berdepan kervgian kerana terpaksa membelanjakan lebih RM300 untuk setiap pekerja baharu yang perlu diuji dan disahkan bebas C0VID-19 sebelum memulakan kerja.

“Tak sangka, mereka berhenti selepas bekerja beberapa hari sahaja,” katanya.

Jelasnya, untuk gerai ikan, pemborong di pasar menawarkan gaji harian RM100 dengan pendapatan bulanan dianggarkan antara RM2,000 hingga RM2,500.

“Waktu bekerja pada hari kerja adalah dari 11 malam hingga 7 pagi,” katanya.

Sumber:Malaysia Gazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*