“Tidak akan jejak lagi..sangat menginsafkan..”

Pelakon ‘Keluarga Iskandar’ yang membawakan watak Abang Ngah, Sobri Anuar, 43, sebelum ini dilaporkan terkandas di rumah sewanya di Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur selepas kawasan terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh kerajaan bermula 7 April lalu. Terkini, kawasan tersebut akhirnya bebas daripada PKPD pada 4 Mei lalu.

Sobri menyifatkan dirinya umpama ‘keluar dari penjara’. Katanya yang dihubungi, hampir satu bulan terkurung di kawasan itu tanpa dapat bertemu orang lain, ternyata pengalaman sukar dilupakan dan memberi tr4uma pada dirinya:

“Apapun, sebaik mendapat tahu kawasan Jalan Masjid India dibebaskan PKPD, saya bersyukur, seronok dan terasa mahu menikmati kebebasan.

“Semangat diri bangkit semula. Saya ambil masa keluar berjalan sendirian ke Dataran Merdeka dan terasalah hidup ini kembali normal semula. Dah boleh nampak kereta, motor, orang dan dunia luar, saya rasa sangat bebas,” tuturnya.

Menurut Sobri lagi, dia juga tak ambil masa lama untuk meninggalkan kawasan yang menjadi mimpi ng3ri kepadanya seketika itu dan pulang semula ke kediaman keluarga di Klang: “Buat masa ini, saya tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan itu lagi.

“Ia tempat yang berisik0 tinggi dan terkvrung hampir sebulan seorang diri di situ sangat menginsafkan. Saya banyak muhasabah diri dan yang pasti sangat mengharapkan pendamik C0vid-19 ini cepat berakhir. Terlalu banyak pengajaran dan pengalaman yang saya peroleh daripada dugaan ini,” katanya.

Sobri yang kini mula bekerja, berkata apapun dia bersyukur selama terkurung di kawasan berkenaan, ramai rakan yang ambil berat dan prihatin padanya.

“Apapun, menjalani puasa Ramadan sendirian di situ memberi banyak masa untuk saya dekatkan diri kepada Allah SWT. Banyak nikmat yang baik untuk diri sendiri sebenarnya yang mana lebih peka pada penjagaan kesihatan. Dah tak berani nak sambil lewa dan sibuk dengan kerja sahaja,” ujarnya.

Sobri berkata kini dia lebih utamakan penjagaan keselamatan dan kesihatan dirinya. Ujarnya, sakit kepala sedikit pun dia sudah bimbang dan tidak bertangguh untuk mendapatkan ubat dan rawatan awal. Terdahulu, perlaksanaan PKPD ke atas kawasan Jalan Masjid India dibuat berikutan terdapat banyak kes positif C0vid-19 di sekitarnya dan sekali gus berada dalam zon merah.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*