PENDAKWAH terkenal, Datuk Ismail Kamus dijemput Ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke-15 Ramadan.
Allahy4rham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun pada pukul 12.30 pagi Jumaat di kediaman beliau di Ampang.
Perkara itu disahkan menerusi halaman Facebook rasmi beliau Ustaz Dato Ismail Kamus.

“Dukacita dimaklumkan tuan guru Ustaz Datuk Ismail Kamus telah meningg4l dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut posting tersebut.
Ramai yang terkesan dengan pemergian agamawan hebat ini termasuklah penceramah bebas PU Amin.
Perkara tersebut dizahirkan oleh PU Amin di laman s0sial beliau,
“Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir . Meningg4l dunia pada penghulu segala hari . Hari Jumaat . Juga meningg4l dunia dalam Bulan Ramadhan sebaik baik bulan. Husnul khatimah.
Bila berjumpa dengan nya saya akan ambil tangan Dato dan letak di dada dan mohon doa agar Allah datangkan ikhlas dalam hati .
Saya bawa anak anak saya untuk didoakan dan dikucup dari nya . Dia tiup ubun ubun kami semua . Saya kucup pipi dan dahinya . Saya kata saya nak jadi macam Ustaz . Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus mendapat Husnul Khatimah . Pengakhiran yang baik .
Beliau berjasa pada dunia dakwah . Anak anak dakwah hidup membesar dengan kaset forum nya.
Ya Allah ampunkan dosanya , Luaskan kubur nya , Masuk kan dia ke dalam SYURGA yang tinggi dan indah . Sedih hati ini , perginya permata ummah . Ulama telah pergi . Kem4tian para ulama adalah meny4kitkan jiwa kita . Berehatlah duhai ayahanda dakwah.
Ayahanda yang mengajarkan kami erti perjuangan dan peng0rbanan untuk ISLAM. AL FATIHAH.
Rehatlah di Syurga duhai Ulama Ummatul Islam”

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس
Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kem4tiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Kredit:FB PU Amin
Leave a Reply