“Jangan bandingkan pendekatan Malaysia dengan Jepun”- Dr Jemilah

Menurut Penasihat Khas Perdana Menteri,Tan Sri Dr Jemilah Mahmood,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan menghentikan pandemik C0vid-19, tetapi ia meredakan gelombang itu selain memastikan sistem kesihatan dilindungi dan melalui proses penyesuaian.

Walaupun begitu ,Dr Jemilah berkata sistem kesihatan negara mampu melalui musibah pandemik ini dan fasiliti kesihatan negara, seperti mesin bantuan pernafasan juga lebih daripada mencukupi.

Menurut beliau, penggunaan kapasiti kesihatan untuk menangani C0vid-19 kini hanya pada tahap 30 peratus dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mula memberi pelepasan kepada petugas barisan hadapan memandangkan lebih 80 peratus kes wabak ini pada tahap ringan.

C0vid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh dua tahun akan datang dan ia memberi sedikit tamparan, namun jangan panik tetapi langkah mengenal pasti secara agresif, kuarantin dan rawatan adalah perlu.

“Apabila berlakunya ancaman di sesuatu kawasan, langkah mempertingkatkan PKP perlu dilaksanakan segera,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Jemilah, langkah penguatkuasaan penting bagi memastikan adanya pematuhan dan ia memerlukan kerjasama dua pihak iaitu kerajaan serta individu, komuniti mahupun syarikat.

Katanya, pandemik itu hanya akan berakhir dengan pemerkasaan dan pembabitan bersama semua pihak.

“Jika anda nampak sesuatu yang tidak kena, suarakan. Laporkan kepada pihak polis.

“Impak terhadap ekonomi dan kesihatan mental adalah penting. Kita perlu berdepan cabaran getir PKP dan C0vid-19 tetapi hanya dengan bersatu kita akan menang.

“Kehidupan normal baharu adalah realiti jadi sebaiknya duduklah di rumah, jaga jarak dan pakai topeng penutup mulut dan hidung,” katanya.

Menurut Dr Jemilah, seperti mana denggi, orang ramai perlu bersedia hidup bersama pandemik C0vid-19 yang memerlukan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan.

“Vaksin paling awal berkemungkinan hanya tersedia pada tahun depan dan imuniti kelompok pula masih menjadi persoalan memandangkan data pada antibodi masih menunjukkan kadar penukaran yang lemah.

“Jadi, peluang untuk mengembara adalah terhad,” katanya.

Dr Jemilah turut meminta semua pihak tidak membandingkan pendekatan dan perlaksanaan di Malaysia dan Hokkaido, Jepun.

Katanya, ia kerana Malaysia mengambil langkah lebih hadapan daripada Jepun selain belajar daripada pengalaman negara itu.

“Apabila mereka (Jepun) membuka (sekatan), mereka tidak menjaga sempadan. Sedangkan, kita sebaliknya dan ini adalah kritikal serta salah satu syarat ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Laporan pakar dari China menyatakan kita sudah bersedia dan sudah memenuhi kebanyakan kriteria ditetapkan WHO,” katanya.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*