Bermulanya tempoh PKPB, kenapa sektor lain boleh, masjid tutup?

KENAPA MASJID TUTUP?
SEKTOR LAIN BOLEH.
KERAJAAN SISIHKAN MASJID?
.
Konsepnya begini.
tidak mampu buat semua jangan tinggal semua.

berusaha semaksima mungkin.

Bab masjid ini masih ada pilihan keluar atau pilihan ganti.

tidak boleh solat di masjid, pilihan gantinya adalah solat di rumah.

berkaitan pasaraya yang dibenarkan operasi.
ada pilihan ganti atau tidak?
kalau tutup pasaraya maka boleh ke cari sendiri di rumah bekalan keperluan?
tidak boleh.
maka diberi kelonggaran pada sektor pembekalan.

Restoran?
pembukaan restoran ini adalah atas faktor ekonomi rakyat.

jika terus disekat, sudah tentu beri kesan kewangan kepada peniaga restoran.
risiko muflis, gulung tikar dan sebagainya.

Adakah Masjid dianak tirikan?
Jawapannya tidak.
kena faham maslahat ummah.

Memang SOP masjid boleh dibuat.
tapi bukan senang untuk dikawal.

fikir ummah.
fikir risiko beban pada frontliner akan bertambah jika sambil lewa dari sekarang.

kilang, restoran, pasaraya dan sektor perniagaan lain?
ia melibatkan ekonomi dan maslahat ummah.
jika tutup lebih lama ia boleh mengundang kesan kewangan yang dahsyat kepada majoriti rakyat.

Masjid?
ia melibatkan iman, ibadah dan syiar umat Islam.
adakah tidak penting?
PENTING, TETAPI MASIH ADA PILIHAN LAIN RUKHSAH(KERINGANAN) UNTUK SOLAT DI RUMAH.

syiar masih diteruskan oleh imam, bilal dan ajk masjid.

Dah tu, kenapa umat Islam perlu bersabar sekejap dari ke masjid?

Sebabnya, kita kena kenang jasa dan susah payah frontliner yang bertugas.

permudahkan tugas mereka.

beribadahlah dulu di rumah kerana bukan mudah untuk mengawal sepenuhnya.

kerajaan lebih faham bila masjid sesuai dibuka semula.
mereka ada data.
mereka ada statistik.
mereka ada kajian.

Bukan macam kita.
kita hanya tahu bertanya kenapa tidak buka.
kenapa tidak begitu?
kenapa tidak begini?

Masjid tidak disisihkan pun.
tapi frontliner putuskan semua ini untuk keselamatan ummah.

Jangan bandingkan masjid dengan sektor ekonomi.

tidak akan sama sikit pun.
kena faham perbezaan.

kenapa tidak tutup semua?
kenapa tidak buka semua?

tidak mampu buat semua jangan tinggal semua.
Sebab bukan semua jenis pekerjaan boleh buat dari rumah.

 

 

 

Kredit:Zaharuddin Zainal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*