Rita Rudaini dah ada ‘imam’ baru

Pelakon Rita Rudaini memuatnaik gambar bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selepas selesai menunaikan solat sunat terawih yang pertama pada Ramadan kali ini.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Rita meluahkan rasa bersyukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Rita juga memberitahu bahawa solat terawih kali ini diimamkan oleh anak sulungnya.

Rita juga banyak berkongsikan beberapa aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu yang banyak meluangkan masa dengan mengaji Al-Quran.

 

Malah, Rita juga menyertai kelas mengaji secara online bagi memperbetulkan bacaan tajwidnya.

 

 

 

 

Sumber: Malaysia Gazette

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*